• Main
  • News

???? LANGKAH BERAKHIR, JASA TETAP TERUKIR ????

30 Oktober 2026 menjadi tarikh penuh bermakna buat seluruh warga SMK Kem Terendak dalam meraikan persaraan Puan Talizah binti Tahir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, ilmu serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala bakti dan sumbangan yang diberikan akan terus dikenang serta terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Walaupun tirai perkhidmatan telah dilabuhkan, namun kenangan dan jasa yang ditinggalkan tidak akan pernah terpadam.

Selamat bersara, Puan Talizah. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dilimpahi kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga tersayang. ????

#smkkemterendakperkasa
#LangkahBerakhirJasaTetapTerukir
#JasamuDikenang


About Us

Read More