???? TAHNIAH! SYABAS DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN! ????
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SMK Kem Terendak atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Pertandingan Choral Speaking sempena Pesta Buku Melaka 2026 Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, komitmen, disiplin dan semangat berpasukan mampu membawa pasukan sekolah kita bersaing dengan sekolah-sekolah terbaik di peringkat negeri.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada guru pembimbing serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang persediaan pertandingan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama SMK Kem Terendak pada masa akan datang.
SMK KEM TERENDAK – PERKASA
#SMKKemTerendak
#ChoralSpeaking2026
#pestabukumelaka2026
#SMKKemTerendakPerkasa