• Main
  • News

????✨ SMK KEM TERENDAK PERKASA ✨????

Keunggulan SMK Kem Terendak bukan sahaja terserlah melalui kecemerlangan murid-muridnya, malah turut dibuktikan oleh barisan guru yang sentiasa komited, berdedikasi dan berusaha mengharumkan nama sekolah di persada negeri.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:

???? PUAN SITI AISYAH BINTI MOHD SAID
Admin DELIMa / Guru Penyelaras ICT

???? PUAN ROSSIAH BINTI DOLAH
Guru Perpustakaan dan Media

Atas kejayaan meraih ANUGERAH EMAS KAJIAN TINDAKAN dalam Majlis Digital Utilisation and Technology Award (DUTA) Peringkat Negeri Melaka 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Semoga pencapaian membanggakan ini, seiring kejayaan warga pendidik SMK Kem Terendak di pentas negeri, terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk memperkasa potensi diri, berani mencipta pembaharuan dan terus melakar kecemerlangan.

#smkkemterendak
#smkkemterendakperkasa
#WargaPendidikCemerlang
#AnugerahEmas2026
#DUTA2026
#KebanggaanWargaSekolah


About Us

Read More